Para
peserta berkumpul di Depo Bas seawal jam 7 pagi
Para
peserta tiba di Taman Tasik Taiping,Perak
Para peserta melakukan
renggangan otot sebelum memulakan Explorace yang diketuai oleh jurulatih
senamrobik dari Kelab Senamrobik Perak
Pegawai Kor
Kesatria, Tuan Juhari bin Mat Rejab serta Tuan Zulkamar(pegawai pengiring)
turut serta dalam melakukan senamrobik sebelum memulakan Explorace.
Untuk mendapatkan
klu ke checkpoint pertama, peserta perlu cantumkan serpihan gambar Banner
Program Extreme Challenge
Peserta berlari
dengan senyuman untuk ke checkpoint pertama mereka.
Exco kebajikan
bersiap sedia untuk hadapi segala kemungkinan kecederaan yang boleh berlaku
kepada para peserta sepanjang Explorace berlangsung.
Antara checkpoint
yang perlu dilalui oleh setiap kumpulan. Pada checkpoint ini, setiap kumpulan
perlu habiskan makanan-makanan pelik.
Ketibaan para
peserta bersama AJK program di checkpoint terakhir Explorace yang bertempat di
kaki Bukit Larut untuk Majlis Penutupan Komander Kesatria Extreme Challenge
2014.
Para peserta
mendengar taklimat daripada Tuan Juhari sebelum melakukan solat medan di kaki
Bukit Larut.
Peserta bersama
AJK program makan tengah hari sebelum Majlis Penutupan Program bermula pada jam
3 petang
Tuan Juhari
memberi sedikit ucapan seterusnya merasmikan Majlis Penutupan Program Komander
Kesatria Extreme Challenge 2014
Upacara penyampaian hadiah kepada semua kumpulan disempurnakan oleh Tuan
Juhari diiringi Tuan Zulkamar.
Hamper penghargaan untuk Komander Senior Batch 13 yang telah terlibat
secara langsung dalam program ini dengan menyertai Program Pendakian Bukit
Larut
Peserta Pendakian Bukit Larut melakukan renggangan badan sebelum memulakan
aktiviti pendakian Bukit Larut.
Aktiviti pendakian bermula yang diketuai oleh Cik Syazwan dan dibantu oleh
RSM Faiz Osman.
Setelah penat mendaki, para peserta mengambil sedikit masa untuk berehat
dan menggunakan masa yang ada untuk bergambar kenangan bersama di Bukit Larut.
Salah seorang peserta pendakian menerima rawatan dari rakan-rakan setelah
kaki terseliuh dan tidak dapat meneruskan pendakian hingga ke puncak Bukit
Larut.. :’(
Setelah penat mendaki hampir 3 jam, akhirnya tiba di Puncak Bukit Larut
Kenangan terukir di Puncak Bukit Larut sambil menunggu ketibaan jeep
untuk turun
Peserta pendakian bersiap sedia untuk dibawa turun oleh abang jeep untuk
menyertai Majlis Penutupan Program di Kaki Bukit Larut
Reaksi komander senior Batch 13 sebelum turun ke Kaki Bukit Larut dengan
memenuhkan ruang gerabak sambungan.
Pelatih siswa Kor Kesatria bergambar kenangan bersama Tuan Juhari bin Mat
Rejab beserta Banner Program Extreme Challenge
Pelatih siswi juga tidak mahu melepaskan peluang untuk bergambar kenangan
bersama Tuan Juhari bin Mat Rejab beserta Banner Program Extreme Challenge
No comments:
Post a Comment