Program ini julung-julung kali diadakan oleh pegawai kehormat kesatria sendiri untuk para komander. Objektif program ini adalah untuk memastikan para komander sentiasa dalam keadaan bersedia dalam menghadapi pelbagai cabaran termasuk peperangan. Sepanjang 4 hari 3 malam program ini berlangsung, komander kesatria batalion XI dilatih sepenuhnya mengikut cara tentera termasuk cara-cara berperang dan macam-macam lagi.
Tarikh :
Tempat : Taman Sekebun Bunga.
|
Sepanjang Perjalanan Kami.... |
|
Gotong-royong di masjid |
|
Gotong-royong di tanah wakaf |
Sebelum komander-komander tiba di tapak kem, kami membuat aktiviti khidmat masyarakat di kampung berdekatan. Komander dipecahkan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan bergotong-royong membersihkan tanah wakaf dan satu kumpulan lagi membersihkan masjid.
|
Bergambar Kenangan bersama Jawatankuasa masjid dan orang kampung |
Perkara pertama yang kami buat setibanya di tapak kem...
|
Pemberian 'senjata bunyi' kepada setiap komander bagi persediaan
berperang tidak mengira masa dan ketika. |
|
Test2.. |
|
Majlis Perasmian Kem oleh Pegawai Kehormat |
|
Antara Pegawai Kehormat dan Jurulatih yang turut serta
(Dari kiri; En. Che 'Ad, En. Romaizi, Tuan Hidayat, En. Johari,
Tuan Muhammad, Tuan Rozaiman) |
|
Penyamaran penting ketika di medan perang |
|
PT pagi bersama pegawai |
'Physical Training' yang biasa dilakukan komander kesatria adalah seperti berlari-lari anak untuk memanaskan badan serta membuat sedikit regangan sebelum memulakan sebarang aktiviti dengan memakai 'sport wear'. Tetapi berbeza pula kali ini. Sekiranya pegawai ada bersama para komander, aktiviti lebih extreme yang akan dilakukan. Komander-komander dikehendaki memakai spike/jungle boot dan berlari sejauh 4km sambil membawa senjata masing-masing. PT pagi kali ini memang mencabar mental dan fizikal setiap komander. Namun, Alhamdulillah semua komander berjaya mengikuti aktiviti tersebut walaupun mengalami sedikit kecederaan.. (Biasa la...melecet kalau pakai boot).
|
Masa yang paling mendebarkan ketika di medan perang. |
Antara cara berperang yang didedahkan oleh pegawai dan jurulatih adalah 'ulat bulu', 'lompat katak', serang hendap, penyamaran dan yang paling menarik adalah 'night stand'. Night Stand merupakan cara berperang yang paling kritikal di mana semua anggota perlu membuat perimeter melindungi kawasan tapak kem dan mereka perlu berjaga dalam kegelapan bagi mengelakkan musuh mendekati, masuk dan menceroboh sehingga menyebabkan pasukan kita tewas. Antara pengalaman yang paling tidak dapat kami lupakan, dalam kesunyian malam yang ditemani oleh beberapa ekor burung hantu, secara TIBA-TIBA kami dikejutkan dengan letupan BOM(mercun bola) di mana mereka(pegawai yang memainkan watak MUSUH) menyerang kem kami. Walaupun bukan dalam keadaan perang yang sebenar, kami masih berasa takut dan gementar seolah-olah kami seperti diserang musuh yang betul.
|
Jurulatih yang sangat digeruni dengan ilmu peperangannya En. Johari Md Dom |
|
Mendirikan tempat perlindungan |
|
Pegawai Kehormat menyampaikan hadiah kepada
peserta terbaik perkhemahan. |
|
Gambar Kenangan Bersama Pegawai Pengiring setiap Kompeni |
|
Sesi Bergambar bersama pegawai kehormat |
|
Program ini turut dimuatkan di dalam akhbar SINAR |
Pengalaman berperang yang diberikan oleh para pegawai kehormat kesatria dan jurulatih kepada komander-komander adalah sangat berharga dan tidak dapat dilupakan. Diucapkan jutaan terima kasih kepada mereka dan berharap program seperti ini dapat diteruskan lagi bagi melahirkan Komander Kesatria yang lebih mantap dari segi mental dan fizikal dalam apa jua situasi sekalipun.
No comments:
Post a Comment