1956 - 1967
Bermula sebagai Dewan Latihan RIDA (Rural Industrial Development) di Petaling Jaya, Selangor hasil inspirasi Dato' Onn Bin Jaafar. Pada bulan Jun 1965, Dewan Latihan RIDA diletakkan dibawah Majlis Amanah Rakyat dan dikenali sebagai Maktab Mara.
1967 - 1999
Petukaran nama Maktab Mara kepada Intistut Teknologi MARA telah mengembang dan meluaskan lagi kursus pengajian dengan penambahan beberapa fakulti.
1999 - Kini
Perjumpaan secara besar-besaran telah diatur yang melibatkan semua pentadbir, mahasiswa dan alumni di Stadium Melawati menyaksikan satu detik bersejarah di negara ini. Pengumuman oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyaksikan kewujudan Universiti Teknologi MARA (UiTM) bagi mengantikan ITM. Kini, UiTM menawarkan pelbagai jurusan program di 24 fakulti dan 7 pusat akademik.
UiTM CAWANGAN PULAU PINANG
UiTM CAWANGAN PULAU PINANG
Universiti Teknologi
MARA Pulau Pinang mula beroperasi pada 16 Jun 1996 di kampus sementara di
Permatang Pasir dan ianya merupakan kampus ke-11 UiTM. Kampus sebenar
UiTM Pulau Pinang ialah di Jalan Permatang Pauh dan mula diduduki dalam bulan
Ogos 2003. Pengambilan pertama pelajar di UiTM Pulau Pinang dilaksanakan
pada Julai 1996 dengan enrolmen seramai 230 orang pelajar. Kumpulan
pertama pelajar ini yang menamatkan pengajian di UiTM Pulau Pinang ialah pada
Mei 1999.
Staf permulaan di sini
adalah seramai 40 orang termasuk 9 orang staf akademik. Tumpuan utama
UiTM Pulau Pinang adalah kepada bidang kejuruteraan elektrik, mekanikal dan
awam di peringkat diploma.
Kampus tetap telah
dirancang pembinaannya sejak 1995 dengan kapasiti 10,000 enrolmen dengan
kejuruteraan, pengurusan hotel dan pelancongan sebagai bidang-bidang utama.
Motto
“Usaha, Taqwa, Mulia”
Visi
Menjadikan UiTM sebuah
universiti unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi
menerajui dinamisme bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf
dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.
Misi
Mempertingkatkan
keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian
program profesional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang
berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan.
Falsafah
Seseorang individu mampu
berusaha untuk mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu serta penerapan
nilai-nilai murni bagi melahirkan graduan profesional yang berperanan
membangunkan diri, ilmu, masyarakat dan negara.
Objektif
- · Menyediakan peluang maksimum kepada kaum bumiputera bagi mengikuti pendidikan bertaraf profesional dalam bidang sains, industri, teknologi, perdagangan, seni dan kemasyarakatan.
- · Menyediakan program pengajaran yang berkualiti dan inovatif serta memenuhi kehendak pasaran dan pelanggan di samping mendokong dasar pembangunan negara.
- · Mewujudkan program pembangunan kemanusiaan sebagai alat menerapkan sistem nilai di kalangan masyarakat UiTM.
- · Memastikan produk UiTM bukan sahaja dapat memenuhi pasaran guna tenaga manusia tempatan, malah juga bersedia berkhidmat di peringkat global.
- · Menjadikan UiTM sebuah organisasi cemerlang yang dapat menjamin pengurusan sumber manusia, kewangan dan harta benda yang berkesan dan cekap untuk mencapai matlamat pendidikan UiTM serta memainkan peranan sebagai pemangkin pembangunan masyarakat.
KOMANDER KESATRIA
1976 - Unit Kesatria
Kewujudan Unit Kesatria disebabkan dua demonstrasi mahasiswa IPT termasuk ITM pada akhir tahun 1975. Pada awalnya Latihan Kesatria ini secara sukarela menyebabkan tidak ramai menyertai. Keadaan ini tidak mencapai objektif penubuhannya. Oleh itu, pada tahun 1978 latihan kesatria dan juga aktiviti-aktiviti yang lain dijadikan ko-kurikulum. Semua pelajar baru adalah diwajibkkan mengikuti salah satu ko-kurikulum untuk selama 2,3 atau 4 semester mengikut keperluan kursus pengajian masing-masing.
1976 - Unit Kesatria
Kewujudan Unit Kesatria disebabkan dua demonstrasi mahasiswa IPT termasuk ITM pada akhir tahun 1975. Pada awalnya Latihan Kesatria ini secara sukarela menyebabkan tidak ramai menyertai. Keadaan ini tidak mencapai objektif penubuhannya. Oleh itu, pada tahun 1978 latihan kesatria dan juga aktiviti-aktiviti yang lain dijadikan ko-kurikulum. Semua pelajar baru adalah diwajibkkan mengikuti salah satu ko-kurikulum untuk selama 2,3 atau 4 semester mengikut keperluan kursus pengajian masing-masing.
No comments:
Post a Comment