Monday, 31 January 2011

MINGGU MESRA KOMANDER


Program ini merupakan satu saluran terbaik kepada komander baru bagi mengenal erti kehidupan sebenar bergelar komander di mana program ini memberikan latihan yang sangat diperlukan selepas bergelar Komander Kesatria kelak. Latihan yang menitikberatkan ketahanan mental dan fizikal ini berlangsung selama seminggu (kebiasaannya dibuat seminggu selepas sesi kuliah bermula).Mereka yang berjaya mengikuti program ini layak bergelar Komander Pulau Pinang dan seterusnya menjadi pewaris atau generasi baru kepada organisasi Komander Kesatria UiTMPP (Unity Through All). Berikut kami sajikan dengan gambar-gambar sepanjang program ini berlangsung..

Tarikh :
Tempat :

Pendaftaran Komander Baru serta taklimat
 oleh ketua program KM Fareef
  

Barang amanah yang diterima oleh setiap peserta
Barang amanah (biskut) ini merupakan amanah yang diberikan kepada komander baru untuk dijaga sepanjang program ini berlangsung.  Sekiranya barang amanah ini hilang, pecah, patah, atau dirampas oleh orang lain, bermakna individu tersebut telah gagal menjaga amanah yang diberikan. Barang amanah ini juga merupakan salah satu latihan sebagai persediaan kepada komander baru sebelum memikul amanah yang lebih besar seperti memegang tampuk pemerintahan organisasi Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria (JPKK)



Aktiviti pembentangan kertas kerja
Dalam aktiviti ini, setiap individu yang bergelar komander baru didedahkan dengan cara-cara membuat kertas kerja dan menguruskan sesebuah program. Aktiviti ini juga mampu menjadikan program yang dibuat pada masa akan datang berjalan dengan lancar dan teratur selain memberi pengalaman yang berharga di samping menjadikan komander lebih profesional dalam mengendalikan sesebuah program.




Pengenalan Pakaian Beruniform setiap kor oleh KM Muiz
Dalam sesi ini, komander baru diberi penerangan tentang protokol/etika pemakaian beruniform di samping didedahkan dengan cara memakai pakaian uniform bagi setiap kor dengan sempurna.





Perjumpaan bersama Pegawai Kehormat UiTM Pulau Pinang
(Dari kiri; Mej(K) Dr Baderisang, Kapt(K) UsMuhammad, Kapt(K) Khairul Hidayat, Kapt(K) Rozaiman, Kol(K) Hj Noor)

Pegawai Kehormat Kesatria UiTM PP sangat prihatin dan mengambil berat terhadap Komander Kesatria. Mereka sering mendengar permasalahan yang berlaku seterusnya mengambil langkah efisyen bagi menyelesaikan masalah  tersebut. Mereka dianggap sebagai 'BAPA' kepada Komander Kesatria UiTM Pulau Pinang yang sentiasa disayangi dan ditaati.


Semua peserta seronok membuat senaman pagi
sebelum memulakan latihan



Komander Baru juga dididik supaya menggunakan
masa secara proaktif.
(kalau lambat, kena berlari dalam satu platun)




 Pemilihan Jawatankuasa Program bersama komander senior





Aktiviti yang paling mencabar mental dan fizikal semua peserta
(Kawad Kaki)
  


dan yang terakhir sekali...



Malam dan tempat yang tak mungkin dilupakan oleh mereka yang bergelar
 'KOMANDER'




No comments:

Post a Comment