Monday, 11 March 2013

XPDC Gua Tempurung 2013

Seramai 42 orang Pelajar dan Pegaiwai UiTM Pulau Pinang (UiTMPP) menyertai
XPDC Gua Tempurung
yang dianjurkan oleh Komander Kesatria Kor Badan Pertolongan Cemas (BPC) UiTMPP untuk Pelatih bahagian 3 (HBU 134) Kor BPC.

Pihak HEP telah membuat keputusan untuk memberi peluang Komander Kor BPC untuk mengadakan kem untuk pelatih bahagian 3, dan kami telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Ekspedisi Gua Tempurung.

Ekspedisi ini diketuai oleh KRK Hani Amezul, dan dibantu oleh Komander-komander lain dengan jayanya selama 2 hari 1 malam.

antara aktiviti yang telah dijalankan ialah Night Walk, Ekspedisi Gua, dan Tubing.

bayaran untuk nightwalk, RM15.00/person, Ekspedisi Gua RM22.00/person, Tubing RM30.00/person.




makan di dewan terbuka, kualiti makanan cukup memuaskan kami.



Sesi LDK sebelum night walk.
(tiada gambar untuk nightwalk)





Physical Training sebelum sarapan dan ekspedisi gua






 tepat jam 9.13 am kami memasuki Gua Tempurung.









 trek awal, pengunjung akan mendaki lebih 600 anak tangga yang curam. walaupun begitu, pengunjung tidak bosan kerana pelbagai bentuk2 unik seperti monyet memandu kereta, perempuan mengandung, wajah M Nasir dan lain2..

 











Trek kemudian berubah menjadi lebih sukar, kami terpaksa merangkak bawah batu yang berair




Selepas 2jam, kami semua kepenatan





santai diperhentian




perjalanan diteruskan, namun begitu kamera milik KRK Jibrail rosak selepas masuk air.

kami keluar dari gua dengan selamat tepat pada jam 12.55pm

jam 1.45pm, kami sambung aktiviti tubing selama 2jam.

(tiada gambar)

dan Alhamdulillah semua pelatih dan pegawai yang menyertai selamat pulang.

1 comment: