Sabtu,
19 Julai 2014 (21 Ramadhan 1435H)
Jawantankuasa
Perwakilan Komander Kesatria UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menganjurkan
program Barakah Ramadhan 2.0 pada 19 Julai 2014 bersamaan 21 Ramadhan 1435H. Seramai
45 orang komander berserta 6 orang pegawai kehormat turut serta dalam program
ini. Antara pegawai yang terlibat ialah Prof. Noor, Dr. Baderisang, Tuan
Hidayat, Tuan Zulkamar, En. Johari dan En. Shafarizal.
Program
Barakah Ramadhan kali ini bertempat di Kampung Bukit Semarak dan Taman Desa
Aman, Sungai Petani, Kedah. Pihak kami dibahagikan kepada dua kumpulan.
Kumpulan pertama akan ke Kampung Bukit Semarak untuk menghulurkan sumbangan
manakala kumpulan kedua terus ke Taman Desa Aman untuk melakukan sedikit kerja
amal dengan bergotong-royong di sekitar rumah yang terlibat.
Para komander
mendengar taklimat dari Tuan Zulkamar sebelum bergerak ke destinasi.
Antara sumbangan yang
diberikan di Kampung Bukit Semarak.
Bergambar sebelum
opkim bermula di Taman Desa Aman.
Aktiviti gotong-royong
di Taman Desa Aman.
Para pegawai turut
bersama dalam mengecat rumah.
Membina dapur di
belakang.
Membina hadangan di
bilik air luar.
Antara sumbangan yang
diberikan.
Setelah
selesai berkhidmat masyarakat, kami terus ke rumah kenalan pegawai untuk
bersedia membuka puasa di sana.
Suasana buka puasa di
rumah kenalan pegawai.
No comments:
Post a Comment