Tuesday, 28 January 2014

Perarakan Maulidur Rasul 1435H/2014M

ASSALAMUALAIKUM W.B.R...

Pada tanggal 12 Rabiul Awal 1435H bersamaan 14 Januari 2014, pihak Komander Kesatria UiTM Pulau Pinang telah dijemput untuk menyertai perarakan Maulidur Rasul peringkat Negeri Pulau Pinang bagi mewakili kontinjen UiTM Pulau Pinang. Tema Maulidur Rasul pada tahun ini adalah "Qudwah Al-Rasul Mengukuh Ukhwah Memartabat Ummah". Kontinjen UiTM Pulau Pinang dengan seramai 83 anggota telah mengambil bahagian dalam perarakan ini. Perarakan Maulidur Rasul kali ini diadakan di Padang Kota Lama dengan laluan sepanjang 400 meter. Kontinjen UiTM Pulau Pinang bergerak seawal jam 6.30 pagi dari UiTM untuk ke kawasan berarak. Setelah sampai di sana, kami mendaftar dan mengambil sarapan yang disediakan.
  Mengalas perut dengan sedikit roti sebelum masuk ke padang

Bersiap sedia untuk masuk ke dalam padang


 Sementara menunggu waktu untuk berarak, kami disajikan dengan persembahan nasyid, qasidah, dan tazkirah dhuha.
                                      

Para peserta sedang khusuk mendengar tazkirah Dhuha 

Padang Kota Lama berselawat diketuai oleh sekumpulan nasyid



            Antara peserta yang mengambil bahagian dalam perarakan Maulidur Rasul tahun 2014M

Tepat jam 9.00 pagi, perarakan pun bermula menuju ke Dewan Sri Pinang.
 


Di dalam dewan tersebut, peserta-peserta menunggu ketibaan Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang untuk memulakan majlis. Setelah beliau tiba, majlis pun bermula dengan nyanyian lagu Negaraku serta lagu negeri Pulau Pinang. Selepas itu, kami disajikan dengan bacaan tarannum, qasidah, dan akhir sekali yang paling menyeronokkan mendengar celoteh  yang sangat bermanfaat daripada pasangan “Semanis Kurma” iaitu Ustazah Siti Nurbahiyah.
     
Bacaan ayat suci al-Quran oleh bekas juara tilawah al-Quran peringkat negeri Pulau Pinang 2013

Seterusnya, upacara yang dinanti-nantikan iaitu upacara penyampaian hadiah dan tokoh Maulidur Rasul peringkat negeri Pulau Pinang.



Tokoh Maulidur Rasul bagi tahun 1435H/2014M.



             Bergambar bersama pengacara ‘semanis kurma’ Ustazah Siti Nurbahiyah dan suami

Tepat jam 12.30, upacara tamat dan kami pun mula berangkat pulang.



Supporters terbaik dari batch 13


Kontinjen Pulau Pinang bergambar bersama pegawai pengiring di hadapan Dewan Sri Pinang sebelum kami berangkat pulang.

No comments:

Post a Comment