Friday, 24 October 2014

Barakah Ramadhan 2.0

Sabtu, 19 Julai 2014 (21 Ramadhan 1435H)

Jawantankuasa Perwakilan Komander Kesatria UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menganjurkan program Barakah Ramadhan 2.0 pada 19 Julai 2014 bersamaan 21 Ramadhan 1435H. Seramai 45 orang komander berserta 6 orang pegawai kehormat turut serta dalam program ini. Antara pegawai yang terlibat ialah Prof. Noor, Dr. Baderisang, Tuan Hidayat, Tuan Zulkamar, En. Johari dan En. Shafarizal.

Program Barakah Ramadhan kali ini bertempat di Kampung Bukit Semarak dan Taman Desa Aman, Sungai Petani, Kedah. Pihak kami dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama akan ke Kampung Bukit Semarak untuk menghulurkan sumbangan manakala kumpulan kedua terus ke Taman Desa Aman untuk melakukan sedikit kerja amal dengan bergotong-royong di sekitar rumah yang terlibat.
Para komander mendengar taklimat dari Tuan Zulkamar sebelum bergerak ke destinasi.

Antara sumbangan yang diberikan di Kampung Bukit Semarak.

Bergambar sebelum opkim bermula di Taman Desa Aman.

Aktiviti gotong-royong di Taman Desa Aman.

Para pegawai turut bersama dalam mengecat rumah.

Membina dapur di belakang.

Membina hadangan di bilik air luar.

Antara sumbangan yang diberikan.

Setelah selesai berkhidmat masyarakat, kami terus ke rumah kenalan pegawai untuk bersedia membuka puasa di sana.
Suasana buka puasa di rumah kenalan pegawai.

Extreme Challenge 2014

 Pada 25 Januari 2014 yang lepas, JP Komander Kesatria UiTM Pulau Pinang telah menganjurkan satu aktiviti bersama pelatih Kor Kesatria Part 1 bertempat di Taman Tasik Taiping,Perak meliputi Zoo Taiping, Muzium Perak, dan juga Bukit Larut. Program yang dinamakan sebagai Komander Kesatria Extreme Challenge ini telah berjaya dilaksanakan pada tarikh tersebut selama hampir 9 jam bermula pada pukul 7 pagi sehingga jam 4 petang. Aktiviti utama program ini adalah Explorace di mana peserta dibahagikan kepada 8 kumpulan yang melibatkan 8 orang dalam satu kumpulan. Pada tarikh yang sama, juga berlangsung satu lagi program yang melibatkan sebahagian daripada komander Batch 13 dan 15 iaitu Program Pendakian Bukit Larut. Pendakian bermula pada jam 11 pagi dan tiba di puncak pada jam 2 petang. Dengan ini, disertakan gambar-gambar sepanjang aktiviti Exteme Challenge pada 25 Januari 2014 yang lepas.
Para peserta berkumpul di Depo Bas seawal jam 7 pagi
Para peserta tiba di Taman Tasik Taiping,Perak
Para peserta melakukan renggangan otot sebelum memulakan Explorace yang diketuai oleh jurulatih senamrobik dari Kelab Senamrobik Perak

Pegawai Kor Kesatria, Tuan Juhari bin Mat Rejab serta Tuan Zulkamar(pegawai pengiring) turut serta dalam melakukan senamrobik sebelum memulakan Explorace.

Untuk mendapatkan klu ke checkpoint pertama, peserta perlu cantumkan serpihan gambar Banner Program Extreme Challenge

Peserta berlari dengan senyuman untuk ke checkpoint pertama mereka.

Exco kebajikan bersiap sedia untuk hadapi segala kemungkinan kecederaan yang boleh berlaku kepada para peserta sepanjang Explorace berlangsung.

Antara checkpoint yang perlu dilalui oleh setiap kumpulan. Pada checkpoint ini, setiap kumpulan perlu habiskan makanan-makanan pelik.

Ketibaan para peserta bersama AJK program di checkpoint terakhir Explorace yang bertempat di kaki Bukit Larut untuk Majlis Penutupan Komander Kesatria Extreme Challenge 2014.

Para peserta mendengar taklimat daripada Tuan Juhari sebelum melakukan solat medan di kaki Bukit Larut. 

Peserta bersama AJK program makan tengah hari sebelum Majlis Penutupan Program bermula pada jam 3 petang

Tuan Juhari memberi sedikit ucapan seterusnya merasmikan Majlis Penutupan Program Komander Kesatria Extreme Challenge 2014

Upacara penyampaian hadiah kepada semua kumpulan disempurnakan oleh Tuan Juhari diiringi Tuan Zulkamar.

Hamper penghargaan untuk Komander Senior Batch 13 yang telah terlibat secara langsung dalam program ini dengan menyertai Program Pendakian Bukit Larut

Peserta Pendakian Bukit Larut melakukan renggangan badan sebelum memulakan aktiviti pendakian Bukit Larut.

Aktiviti pendakian bermula yang diketuai oleh Cik Syazwan dan dibantu oleh RSM Faiz Osman.

Setelah penat mendaki, para peserta mengambil sedikit masa untuk berehat dan menggunakan masa yang ada untuk bergambar kenangan bersama di Bukit Larut.

Salah seorang peserta pendakian menerima rawatan dari rakan-rakan setelah kaki terseliuh dan tidak dapat meneruskan pendakian hingga ke puncak Bukit Larut.. :’(

Setelah penat mendaki hampir 3 jam, akhirnya tiba di Puncak Bukit Larut
Kenangan terukir di  Puncak  Bukit Larut sambil menunggu ketibaan jeep untuk turun 

Peserta pendakian bersiap sedia untuk dibawa turun oleh abang jeep untuk menyertai Majlis Penutupan Program di Kaki Bukit Larut


Reaksi komander senior Batch 13 sebelum turun ke Kaki Bukit Larut dengan memenuhkan ruang  gerabak sambungan.


Pelatih siswa Kor Kesatria bergambar kenangan bersama Tuan Juhari bin Mat Rejab beserta Banner Program Extreme Challenge


Pelatih siswi juga tidak mahu melepaskan peluang untuk bergambar kenangan bersama Tuan Juhari bin Mat Rejab beserta Banner Program Extreme Challenge