Monday, 22 July 2013

IFTAR JAMI’E & IMARAH RAMADHAN


Sabtu, 20 Julai 2013 ( 12 Ramadhan 1434H )


Jawantankuasa Perwakilan Komander Kesatria UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menganjurkan program Iftar Jami’e & Imarah Ramadhan pada 20 Julai 2013 bersamaan 12 Ramadhan 1434 H.


Pada pukul 6.30, tazkirah subuh yang disampaikan oleh Imam Muda Shah.Tajuk tazkirah tersebut ialah “Bulan Rindu Bulan Cinta”.


Pada pukul 8.00 pagi, aktiviti membersihkan sekitar Pusat Islam

 Wildan dan Hafiy dengan gigih dan tekun membersihkan tandas Pusat Islam.






Pada pukul 9.00 pagi, aktiviti merewang / gotong royong memasak (penyediaan bahan mentah).Semua batch 14 terlibat dalam aktiviti ini. Di samping itu,tidak lupa juga komander batch 13 dan kelab-kelab lain yang turut membantu.
















Pada pukul 12.30, kedatangan Mahad Tahfiz Sirajul Quran.Kedatangan mereka disambut dengan meriahnya di perkarangan Pusat Islam.

Kedatangan Mahad Tahfiz Sirajul Quran disambut oleh Ketua Program,Mohamad Shamirul dan di bantu oleh Hafiz,Izzudin dan Rozaini.

Pada pukul 2.00 petang, ativiti merewang di teruskan selepas solat Zuhur.


Ramai yang datang merewang walaupun cuaca panas ketika ini.


 Tayangan video kepada Mahad Tahfiz Sirajul Quran selepas tibanya mereka ke UiTM Cawangan Pulau Pinang.


Pelajar Mahad Tahfiz Sirajul Quran sedang khusyuk melihat tayangan video.

Pada pukul 3.00 petang, aktiviti Latihan Dalam Kumpulan ( LDK ). Pelajar Mahad Tahfiz Sirajul Quran bersama dengan barisan fasilitator.

Wakil dari kelab IKRAM dan juga selaku fasilitator sedang berbual dengan pelajar Mahad Tahfiz Sirajul Quran sambil di lihat oleh Komander Hafizul.

Pada pukul 3.00 petang juga, ketibaan Komander Kesatria UiTM Perak di Perkarangan Pusat Islam.

Barisan Pemain Kompang yang turut bersama memeriahkan kedatangan Komander Kesatria UiTM Perak.

Komander Kesatria UiTM Perak di sambut baik dengan pukulan kompang yang terdiri daripada Komander Kesatria UiTM Cawangan Pulau Pinang Batch 13 & 14.

Pada pukul 3.30 petang LDK  Komander Kesatria UiTM Perak bersama dengan pelajar Mahad Tahfiz Sirajul Quran.

Turut terlibat Pegawai Pemerintah Komander Kesatria UiTM Perak, En Izan dalam aktiviti LDK bersama pelajar Mahad Tahfiz Sirajul Quran.

Pada pukul 5.00 petang, program di teruskan dengan Program Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB).

Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang, Prof.Madya Mohd Zaki bin Abdullah.

Pada pukul 6.30 petang, aktiviti di teruskan dengan persiapan untuk berbuka puasa.

Ramai yang hadir untuk membantu persiapan berbuka puasa.

Pada pukul 7.58 malam, aktiviti berbuka puasa bersama Anak Yatim Permata Kasih,pelajar Mahad Tahfiz Sirajul Quran,pelajar kor Kesatria dan pelajar-pelajar UiTM Cawangan Pulau Pinang.


Selepas waktu maghrib program di teruskan dengan majlis penutup yang di rasmikan oleh Ustaz Mohamad Izlan.

Pengarah Program bersama dengan Ustaz Izlan dan En Khairuddin.

Selepas ucapan oleh Ustaz Izlan program di meriahkan dengan persembahan Anak Yatim Permata Kasih.


Selepas persembahan Anak Yatim Permata Kasih,penyampaian hadiah kepada wakil daripada Anak Yatim Permata Kasih, pegawai pengiring Komander Kesatria UiTM Perak, Encik Nasir.


Monday, 24 June 2013

Minggu Pengurusan Organisasi

MINGGU PENGURUSAN ORGANISASI

Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria telah menganjurkan program Minggu Pengurusan Organisasi selama 3 hari 2 malam, 21-23 Jun 2013 di Uitm Cawangan Pulau Pinang. Pendaftaran bermula pada jam 3 petang di Dewan Serbaguna Kolej Delima. Semua komander batch 14 diwajibkan mendaftar.



Pada waktu malam , komander batch 14 diberi taklimat oleh komander Afiq dan komander Ajeerah tentang pengisian borang-borang di bawah Unit Kokurikulum.

komander Afiq sedang memberi taklimat

Pada hari Sabtu, Tuan Juhari telah memberi ceramah berkaitan dengan pengurusan organisasi selama 2 jam.

Tn. Juhari bersama-sama dengan komander batch 14


berbincang dalam kumpulan

Tuan Zulqamar memberi ceramah pada sebelah petang.

En. Khai makan bersama-sama dengan Tn. Zulqamar

sebelah kanan: ketua program MPO, komander Amin


tidak lupa juga komander batch 11

Komander Ijazah juga turut meluangkan masa bersama-sama peserta memberi taklimat tentang pengisian borang di bawah Unit Aktiviti.

peserta berada di Master Parade

Pada hari Ahad, para komander diuji dengan latihan kenaikan pangkat yang akan berlangsung tidak lama lagi.

komander sedang berkawad

antara juri yang hadir 

komander batch 14 akan membentangkan kertas kerja kepada juri-juri yang telah dilantik.

antara kumpulan yang memikat hati juri

Pada sebelah malam pula, malam penutupan telah berlangsung dengan jayanya.


makan malam

persembahan ala-ala wayang kulit

persembahan kumpulan yang juara

Diharapkan program ini dapat memberi input yang positif kepada komander batch 14.

Monday, 11 March 2013

XPDC Gua Tempurung 2013

Seramai 42 orang Pelajar dan Pegaiwai UiTM Pulau Pinang (UiTMPP) menyertai
XPDC Gua Tempurung
yang dianjurkan oleh Komander Kesatria Kor Badan Pertolongan Cemas (BPC) UiTMPP untuk Pelatih bahagian 3 (HBU 134) Kor BPC.

Pihak HEP telah membuat keputusan untuk memberi peluang Komander Kor BPC untuk mengadakan kem untuk pelatih bahagian 3, dan kami telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Ekspedisi Gua Tempurung.

Ekspedisi ini diketuai oleh KRK Hani Amezul, dan dibantu oleh Komander-komander lain dengan jayanya selama 2 hari 1 malam.

antara aktiviti yang telah dijalankan ialah Night Walk, Ekspedisi Gua, dan Tubing.

bayaran untuk nightwalk, RM15.00/person, Ekspedisi Gua RM22.00/person, Tubing RM30.00/person.




makan di dewan terbuka, kualiti makanan cukup memuaskan kami.



Sesi LDK sebelum night walk.
(tiada gambar untuk nightwalk)





Physical Training sebelum sarapan dan ekspedisi gua






 tepat jam 9.13 am kami memasuki Gua Tempurung.









 trek awal, pengunjung akan mendaki lebih 600 anak tangga yang curam. walaupun begitu, pengunjung tidak bosan kerana pelbagai bentuk2 unik seperti monyet memandu kereta, perempuan mengandung, wajah M Nasir dan lain2..

 











Trek kemudian berubah menjadi lebih sukar, kami terpaksa merangkak bawah batu yang berair




Selepas 2jam, kami semua kepenatan





santai diperhentian




perjalanan diteruskan, namun begitu kamera milik KRK Jibrail rosak selepas masuk air.

kami keluar dari gua dengan selamat tepat pada jam 12.55pm

jam 1.45pm, kami sambung aktiviti tubing selama 2jam.

(tiada gambar)

dan Alhamdulillah semua pelatih dan pegawai yang menyertai selamat pulang.