Setiap tahun
kontinjen Komander UiTM Pulau Pinang pasti akan mendapat jemputan daripada kerajaan kegeri untuk mengambil bahagian dalam
pertandingan perbarisan kemerdekaan peringkat negeri Pulau Pinang. Tema hari kebangsaan pada tahun
ini adalah 'Janji Ditepati'. Kontinjen
komander UiTM Pulau Pinang terdiri daripada seorang ketua kontinjen, seorang pemegang 'Plycard', 3 orang pemegang bendera, dan 84 orang komander dalam baris.
Tema kemerdekaan pada kali ini. |
Memohon keberkatan sebelum perbarisan bermula. |
Kontinjen menunggu sebelum perbarisan dimulakan. |
Ketua kontinjen,pemegang
bendera ,pemegang pelekat
bersama En Mustafa dan En Johari.
|
Tabik Hormat daripada Ketua Kontijen kepada VVIP |
Pembawa Bendera |
Setelah selesai perarakan di garisan penamat, semua kontinjen terlibat terus berangkat pulang. Keputusan bagi Kontinjen Terbaik tidak diumumkan pada hari tersebut, malah akan diumumkan pada sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2012. Alhamdulillah Kontinjen UiTM Pulau Pinang telah mendapat JOHAN bagi Kategori Institusi Pengajian Tinggi.
Untuk makluman semua, Kemenangan ini merupakan kemenangan kali ke-3 berturut-turut sejak 2010.
Ketua Kontinjen menerima hadiah wang tunai sebanyak RM1000, piala pusingan dan sijil daripada Ketua Menteri. |
Wakil daripada peserta perarakan Kontinjen UiTM dan En. Mustafa bergambar kenangan bersama VIP pada sambutan Hari Malaysia |
Tahniah dan Syabas diucapkan kepada En. Mustafa dan seluruh warga Komander Kesatria UiTM Pulau Pinang yang mengambil bahagian kerana telah mengharumkan nama baik Komander Batalion XI. Semoga kejayaan ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan menjadi satu aspirasi kepada generasi baru yang bakal meneruskan perjuangan komander-komander terdahulu.