Friday, 14 December 2012


JAMBORI TAHUNAN KOMANDER KESATRIA UITM SE-MALAYSIA SIRI 8/2012




SESI LATIHAN (PRA JAMBORI)
Tarikh : 28 Oktober 2012 - 2 November 2012
Tempat : Sekitar kampus UiTM Pulau Pinang

Latihan Kawad Kaki di parkir Kristal

Latihan Merentas Halangan di UiTM Merbok, Kedah.

Kampus  UiTM Pulau Pinang tidak mempunyai fasiliti yang sesuai untuk membuat latihan merentas halangan. Oleh itu, pegawai kehormat mengambil inisiatif dengan memohon kepada pihak UiTM Merbok, untuk mengadakan latihan di sana selama 2 hari. Dengan peluang yang diberikan, para peserta terlibat menggunakan kesempatan ini dengan penuh semangat untuk mengadakan latihan.

Pasukan Merentas Halangan

Crowling



Latihan Koir yang diketuai oleh KMdy Najmie



Banner Majlis Penyerahan Bendera
Majlis ini diadakan bagi memberi suntikan semangat kepada para peserta Jambori yang membawa nama UiTM Pulau Pinang (Batalion XI) pada program yang penuh gilang gemilang ini. Kata-kata khas yang diberikan oleh Kol(K) Prof. Madya Hj Noor Bin Awang Hamat akhirnya membakar semangat para komander yang akan menyertai beberapa pertandingan yang akan dipertandingkan pada Jambori kali ini.

Ketua Kontinjen mengibarkan bendera Batalion sebagai
tanda simbolik perasmian

Pasukan Koir membuat persembahan terakhir sebelum bertolak
ke UiTM Machang, Kelantan.



Gambar Kenangan Bersama Pegawai Kol(K) Prof Madya Hj Noor Bin Awang Hamat


JAMBORI TAHUNAN KOMANDER KESATRIA
Tarikh : 3 November 2012 - 7 November 2012
Tempat : UiTM Machang, Kelantan.

Jambori Tahunan Komander Kesatria Siri 8/2012 merupakan jambori lain daripada yang lain. Keistimewaan jambori pada kali ini adalah terdapat Majlis Pertauliahan yang diberikan kepada komander-komander yang telah banyak berjasa kepada komander kesatria sendiri khusunya, dan kepada UiTM amnya. Pertauliahan ini amatlah dinanti-natikan oleh setiap yang bergelar komander kerana segala titik peluh perjuangan mereka diiktiraf oleh UiTM sendiri. 



 Setelah tiba di UiTM Machang, kontinjen Pulau Pinang tanpa melengahkan masa, kami bergegas ke sekitar kampus UiTM tersebut bagi meninjau kawasan pertandingan.

Mengenalpasti padang kawad yang akan digunakan
dalam pertandingan kawad kaki.
Peserta mencuba halangan yang terdapat dalam
pertandingan. ( muka jahat :p )
 
PERTANDINGAN KAWAD KAKI

Pertandingan kawad kaki merupakan acara yang paling "Grand" dalam semua acara yang dipertandingkan. Oleh itu, semua kontinjen terlibat berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan yang yang penuh nikmat ini. Pertandingan kawad kaki disertai seramai 35 orang anggota (2 simpanan) dan diketuai oleh Komander Madya Muhammad Syafiq Bin Abdul Latiff. Sebelum pertandingan bermula, semua kontinjen dikehendaki berbaris di padang kawad untuk pemeriksaan pakaian secara serentak.


Sebelum Pemeriksaan Pakaian

Pemeriksaan pakaian ketua kontinjen oleh pengadil bertugas

Pertandingan kawad kaki sepatutnya bermula awal pagi dah pasukan yang terakhir akan tamat menjelang tengahari. Namun, atas faktor cuaca yang tidak dapat dielakka, pertandingan ini terpaksa ditangguhkan sehingga waktu petang. Kontinjen Pulau Pinang mendapat angka giliran yang ke-12 untuk pertandingan ini.

Santapan Untuk Semua














UNITY TROUGH ALL.......


PERTANDINGAN KOIR PATRIOTIK

Pertandingan ini mula dipertandingkan pada Jambori lepas di Negeri Sembilan dan dijadikan sebagai acara sampingan dalam pertandingan yang dipertandingkan dalam Jambori Tahunan. Pertandingan koir kali ini menampakkan lebih mencabar di mana setiap wakil kontinjen akan mencabut undi untuk memilih lagu yang akan dipersembahkan dan UiTM Pulau Pinang diwakili oleh En. Mustafa mendapat lagu Pahlawan yang didendangkan oleh penyanyi no 1 malaysia, Datuk Siti Nurhaliza.

Konduktor yang penuh bergaya  : KMdy Najmie
Persembahan yang memukau hati juri profesional.

Gambar kenangan bersama Kontinjen yang berjaya.
Keputusan : Johan (UiTM Kelantan), Naib Johan ( UiTM Sabah), Ketiga (UiTM Pulau Pinang)
Keputusan ini amat dibanggakan oleh pegawai kehormat kesatria yang mengidam-idamkan kemenangan dalam acara ini. Tahniah dan syabas diucapkan.



PERTANDINGAN MERENTAS HALANGAN

Pasukan Rentas Halangan Sedang Beraksi
Pertandingan merentas halangan kali ini sangat mencabar dan lebih sukar daripada sebelum ini di Negeri Sembilan. Semua peserta menghadapi masalah untuk melepasi halangan yang melebihi daripada yang sepatutnya (tembok 12 kaki >>13 kaki) manakala halangan "Monkey Rack" adalah halangan yang sukar kerana bar yang dibuat terlalu besar dan agak sukar untuk menggenggam ketika melepasi halangan tersebut terutama kepada peserta siswi. Namun, tanpa mengenal erti putus asa, pasukan merentas halangan UiTMPP mencuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik untuk kontinjen. Keputusan, UiTMPP mendapat saguhati. Syabas dan Tahniah. Untuk generasi yang akan datang diharapkan dapat membuat yang lebih baik daripada pencapaian sekarang untuk nama baik Kontinjen Batalion XI.





'THE LEGENDS' 
(except the middle one.... :-p)

Keputusan untuk pertandingan kawad diumumkan pada Perbarisan Majlis Pertauliahan di mana Kontinjen UiTM Pulau Pinang telah berkongsi mata dengan UiTM Negeri Sembilan yang berada di tempat ke-3. Namun kontinjen Pulau Pinang terpaksa akur dengan keputusan pengadil dan kami berpuas hati dengan pencapaian yang dilakukan oleh semua komander. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua komander UiTM Pulau Pinang yang terlibat dalam semua acara yang dipertandingkan. Diharapkan dengan kejayaan yang dilakar ini dapat diteruskan oleh generasi yang akan datang seterusnya menjadikan  nama 'Komander Penang' sebagai sebuah kontinjen yang digeruni.

Sesi Bergambar Kontinjen UiTM Pulau Pinang bersama Pegawai Kehormat

Setelah selesai program Jambori Tahunan, kontinjen UiTM Pulau Pinang singgah untuk bergotong-royong di rumah Pegawai Kehormat Kol(K) Prof Madya Hj Noor Bin Awang Hamat 

Di rumah Kolonel


Pengalaman paling berharga apabila ditauliahkan sebagai Komander Kesatria oleh Pentadbiran Pusat UiTM selain dapat memberikan saingan yang sengit dalam semua acara yang dipertandingkan. Lebih manis lagi apabila mendapat tempat dalam beberapa pertandingan seperti Koir dan  Kawad Kaki yang pasti akan disebut-sebut pada Jambori yang akan datang. Sekali lagi pesanan dan harapan kepada komander-komander yang bakal beraksi di pentas Jambori, buatlah yang terbaik dah lonjakkanlah nama 'Komander Penang' sebagai sebuah nama yang sangt digeruni oleh kampus-kampus lain. Jumpa lagi di UiTM Puncak Alam. Unity Through All...

Saturday, 27 October 2012

PERARAKAN KAWAD KAKI SEMPENA HARI KEMERDEKAAN KALI KE-55


Setiap tahun kontinjen Komander UiTM Pulau Pinang pasti akan mendapat jemputan daripada kerajaan kegeri untuk mengambil bahagian dalam pertandingan perbarisan kemerdekaan peringkat negeri Pulau Pinang. Tema hari kebangsaan pada tahun ini adalah 'Janji Ditepati'. Kontinjen komander UiTM Pulau Pinang terdiri daripada seorang ketua kontinjen, seorang pemegang 'Plycard', 3 orang pemegang bendera, dan 84 orang komander dalam baris.


Tema kemerdekaan pada kali ini.

Ketua Kontinjen UiTM
KMdy Muhammad Syafiq Bin Abdul Latiff


Memohon keberkatan sebelum perbarisan bermula.



Kontinjen menunggu sebelum perbarisan dimulakan.

Ketua kontinjen,pemegang bendera ,pemegang pelekat
 bersama En Mustafa dan En Johari.

Bermula Perarakan

Tabik Hormat daripada Ketua Kontijen kepada VVIP

Pembawa Bendera

Antara Kontinjen yang turut memeriahkan
  Perarakan Kemerdekaan kali ini
      
    Setelah selesai perarakan di garisan penamat, semua kontinjen terlibat terus berangkat pulang. Keputusan bagi Kontinjen Terbaik tidak diumumkan pada hari tersebut, malah akan diumumkan pada sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2012.  Alhamdulillah Kontinjen UiTM Pulau Pinang telah mendapat JOHAN bagi Kategori Institusi Pengajian Tinggi. 
Untuk makluman semua, Kemenangan ini merupakan kemenangan kali ke-3 berturut-turut sejak 2010.


Ketua Kontinjen menerima hadiah wang tunai sebanyak RM1000,
piala pusingan dan sijil daripada Ketua Menteri.

Wakil daripada peserta perarakan Kontinjen UiTM dan En. Mustafa bergambar kenangan
bersama VIP pada sambutan Hari Malaysia

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada En. Mustafa dan seluruh warga Komander Kesatria UiTM Pulau Pinang yang mengambil bahagian kerana telah mengharumkan nama baik Komander Batalion XI. Semoga kejayaan ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan menjadi satu aspirasi kepada generasi baru yang bakal meneruskan perjuangan komander-komander terdahulu.