Sunday, 1 May 2011

KEM PEMANTAPAN BERSAMA PEGAWAI

Program ini julung-julung kali diadakan oleh pegawai kehormat kesatria sendiri untuk para komander. Objektif program ini adalah untuk memastikan para komander sentiasa dalam keadaan bersedia dalam menghadapi pelbagai cabaran termasuk peperangan. Sepanjang 4 hari 3 malam program ini berlangsung, komander kesatria batalion XI dilatih sepenuhnya mengikut cara tentera termasuk cara-cara berperang dan macam-macam lagi.


Tarikh :
Tempat : Taman Sekebun Bunga.



Sepanjang Perjalanan Kami....



Gotong-royong di masjid
Gotong-royong di tanah wakaf

Sebelum komander-komander tiba di tapak kem, kami  membuat aktiviti khidmat masyarakat di kampung berdekatan. Komander dipecahkan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan bergotong-royong membersihkan tanah wakaf dan satu kumpulan lagi membersihkan masjid.



Bergambar Kenangan bersama Jawatankuasa masjid dan orang kampung




Perkara pertama yang kami buat setibanya di tapak kem...



Pemberian 'senjata bunyi' kepada setiap komander bagi persediaan
berperang tidak mengira masa dan ketika.

Test2..


Majlis Perasmian Kem oleh Pegawai Kehormat

Antara Pegawai Kehormat dan Jurulatih yang turut serta
(Dari kiri; En. Che 'Ad, En. Romaizi, Tuan Hidayat, En. Johari,
Tuan Muhammad, Tuan Rozaiman)

Penyamaran penting ketika di medan perang


PT pagi bersama pegawai 
'Physical Training' yang biasa dilakukan komander kesatria adalah seperti berlari-lari anak untuk memanaskan badan serta membuat sedikit regangan sebelum memulakan sebarang aktiviti dengan memakai 'sport wear'. Tetapi berbeza pula kali ini. Sekiranya pegawai ada bersama para komander, aktiviti lebih extreme yang akan dilakukan. Komander-komander dikehendaki memakai spike/jungle boot dan berlari sejauh 4km sambil membawa senjata masing-masing. PT pagi kali ini memang mencabar mental dan fizikal setiap komander. Namun, Alhamdulillah semua komander berjaya mengikuti aktiviti tersebut walaupun mengalami sedikit kecederaan.. (Biasa la...melecet kalau pakai boot).




Masa yang paling mendebarkan ketika di medan perang.
 Antara cara berperang yang didedahkan oleh pegawai dan jurulatih adalah 'ulat bulu', 'lompat katak', serang hendap, penyamaran dan yang paling menarik adalah 'night stand'. Night Stand merupakan cara berperang yang paling kritikal di mana semua anggota perlu membuat perimeter melindungi kawasan tapak kem dan mereka perlu berjaga dalam kegelapan bagi mengelakkan musuh mendekati, masuk dan menceroboh sehingga menyebabkan pasukan kita tewas. Antara pengalaman yang paling tidak dapat kami lupakan, dalam kesunyian malam yang ditemani oleh beberapa ekor burung hantu, secara TIBA-TIBA kami dikejutkan dengan letupan BOM(mercun bola) di mana mereka(pegawai yang memainkan watak MUSUH) menyerang kem kami. Walaupun bukan dalam keadaan perang yang sebenar, kami masih berasa takut dan gementar seolah-olah kami seperti diserang musuh yang betul.

Jurulatih yang sangat digeruni dengan ilmu peperangannya En. Johari Md Dom

Mendirikan tempat perlindungan
Pegawai Kehormat menyampaikan hadiah kepada
peserta terbaik perkhemahan.



Gambar Kenangan Bersama Pegawai Pengiring setiap Kompeni
 


Sesi Bergambar bersama pegawai kehormat

Program ini turut dimuatkan di dalam akhbar SINAR



Pengalaman berperang yang diberikan oleh para pegawai kehormat kesatria dan jurulatih kepada komander-komander adalah sangat berharga dan tidak dapat dilupakan. Diucapkan jutaan terima kasih kepada mereka dan berharap program seperti ini dapat diteruskan lagi bagi melahirkan Komander Kesatria yang lebih mantap dari segi mental dan fizikal dalam apa jua situasi sekalipun.

















Monday, 21 March 2011

EXTREME CHALLENGE


Program ini merupakan program yang dilaksanakan oleh para komader untuk mahasiswa/i yang bergelar pelatih kor kesatria.Program ini sedikit sebanyak dapat memberikan cabaran dan pengajaran kepada peserta   tentang kerjasama dalam kumpulan, menepati masa, patuh kepada perintah ketua, dan juga diterapkan tentang disiplin ketika berprogram. Setiap peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan perlu menyelesaikan 'task' pada setiap check point yang disediakan di sekitar kampus. Kumpulan yang terpantas berjaya menyelesaikan semua check point dikira sebagai pemenang.

Tarikh :
Tempat : Sekitar kampus UiTMPP

Pembahagian tugas oleh urusetia

Bergambar bersama baju baru



Berkumpul awal pagi
Inilah yang berjaya diterapkan semasa program MMK dalam mengendali masa dengan baik. Semua komander telah bersiap sedia sesudah subuh walaupun program bermula pada pukul 8.30 pagi.
Proud To Be Komander Penang.



Pendaftaran para peserta

Antara tugasan yang perlu diselesaikan
'mencari Dragon Ball'
hehehe.. ayam nie ada cerita dia..
bowling kelapa
'laser tunnel'
Abseiling


Komander bertugas mengetuai acara regangan


Pegawai kehormat Komander Kesatria, Left(K) Shahrozie
memberi ucapan perasmian program


Pegawai melepaskan para peserta


Suka duka ketika berprogram....


Nie cerita ayam tadi..
Task yang terdapat di check point yang terletak di padang belakang UiTM adalah "Mengejar Jam Loceng".. Apa kena mengena dengan ayam tadi??.. hehehehe.. Kalau bangun pagi, mesti benci dengar bunyi jam loceng kan..? Ingin nampak menarik, ayam tadi kami anggap sebagai jam loceng yang bergerak dan peserta perlu mengejar ayam tersebut supaya ia tak 'bising' lagi..(pas2 boley sambung tido).. TAPI..... apa yang terjadi, AYAM yang diimport nie sebenarnya ayam bandar.. pemalas duduk setempat jer.. tak macam ayam kampung..ligat nak kejar..So, terpaksa la tukar nama, "Mencari Jam Loceng".. cara dia, kena ttup mata si pencari dan akan dilepaskan ditengah-tengah padang bersama-sama ayam malas tu..(geram giler ngn ayam ni)

Tengok tu.... Dia pn geram ngn ayam..
Kerjasama dalam kumpulan
(yang baring ni lelaki, tak ambik port
sebab yg lain perempuan)

Exco Multimedia


Sempat bergambar setelah berjaya



Kumpulan 'BOB' juara 2011
Pemberian hadiah kepada para pemenang
















Oh Ayam....


Monday, 31 January 2011

MINGGU MESRA KOMANDER


Program ini merupakan satu saluran terbaik kepada komander baru bagi mengenal erti kehidupan sebenar bergelar komander di mana program ini memberikan latihan yang sangat diperlukan selepas bergelar Komander Kesatria kelak. Latihan yang menitikberatkan ketahanan mental dan fizikal ini berlangsung selama seminggu (kebiasaannya dibuat seminggu selepas sesi kuliah bermula).Mereka yang berjaya mengikuti program ini layak bergelar Komander Pulau Pinang dan seterusnya menjadi pewaris atau generasi baru kepada organisasi Komander Kesatria UiTMPP (Unity Through All). Berikut kami sajikan dengan gambar-gambar sepanjang program ini berlangsung..

Tarikh :
Tempat :

Pendaftaran Komander Baru serta taklimat
 oleh ketua program KM Fareef
  

Barang amanah yang diterima oleh setiap peserta
Barang amanah (biskut) ini merupakan amanah yang diberikan kepada komander baru untuk dijaga sepanjang program ini berlangsung.  Sekiranya barang amanah ini hilang, pecah, patah, atau dirampas oleh orang lain, bermakna individu tersebut telah gagal menjaga amanah yang diberikan. Barang amanah ini juga merupakan salah satu latihan sebagai persediaan kepada komander baru sebelum memikul amanah yang lebih besar seperti memegang tampuk pemerintahan organisasi Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria (JPKK)



Aktiviti pembentangan kertas kerja
Dalam aktiviti ini, setiap individu yang bergelar komander baru didedahkan dengan cara-cara membuat kertas kerja dan menguruskan sesebuah program. Aktiviti ini juga mampu menjadikan program yang dibuat pada masa akan datang berjalan dengan lancar dan teratur selain memberi pengalaman yang berharga di samping menjadikan komander lebih profesional dalam mengendalikan sesebuah program.




Pengenalan Pakaian Beruniform setiap kor oleh KM Muiz
Dalam sesi ini, komander baru diberi penerangan tentang protokol/etika pemakaian beruniform di samping didedahkan dengan cara memakai pakaian uniform bagi setiap kor dengan sempurna.





Perjumpaan bersama Pegawai Kehormat UiTM Pulau Pinang
(Dari kiri; Mej(K) Dr Baderisang, Kapt(K) UsMuhammad, Kapt(K) Khairul Hidayat, Kapt(K) Rozaiman, Kol(K) Hj Noor)

Pegawai Kehormat Kesatria UiTM PP sangat prihatin dan mengambil berat terhadap Komander Kesatria. Mereka sering mendengar permasalahan yang berlaku seterusnya mengambil langkah efisyen bagi menyelesaikan masalah  tersebut. Mereka dianggap sebagai 'BAPA' kepada Komander Kesatria UiTM Pulau Pinang yang sentiasa disayangi dan ditaati.


Semua peserta seronok membuat senaman pagi
sebelum memulakan latihan



Komander Baru juga dididik supaya menggunakan
masa secara proaktif.
(kalau lambat, kena berlari dalam satu platun)




 Pemilihan Jawatankuasa Program bersama komander senior





Aktiviti yang paling mencabar mental dan fizikal semua peserta
(Kawad Kaki)
  


dan yang terakhir sekali...



Malam dan tempat yang tak mungkin dilupakan oleh mereka yang bergelar
 'KOMANDER'